...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

DONATE 4 PALESTINE

RM 73,802 of RM 300,000
13 Days
1852+
Total Backers
RM 73,802
Total Collected
Admin

KEMPEN DONATE 4 PALESTIN

Bagi membantu dan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin menentang Yahudi Zionis yang merampas tanah dan hak ummat Islam Palestin, kami di Jomdonate telah bekerjasama dengan NGO Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta rakan-rakan artis dan influencer yang prihatin untuk bersama-sama melancarkan satu kempen bernama Donate4Palestin

Kita semua dikejutkan mengenai serangan yang telah berlaku di Masjid Al-Aqsa beberapa hari yang lalu. Seperti yang sedia maklum, Israel ingin mengambil Masjid Al-Aqsa sebagai tempat beribadah untuk aktiviti ritual keagamaan mereka, mereka juga ingin menghalau penduduk di sana dan juga menghapuskan tempat ibadah bagi Umat Islam.

Saat ini bumi Palestin dipenuhi darah umat islam semata-mata kerana ingin mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari diserang dan diambil oleh tentera zalim Zionis. Mereka rela diserang berkali-kali, ditindas, dan juga ada yang telah syahid dalam memperjuangkan hak mereka.

Bukan itu sahaja, tentera Zionis Israel turut melemparkan bom tangan, bom asap malah sanggup membedil bom pada wanita dan juga kanak-kanak yang tidak berdosa. Setakat hari ini 212 telah syahid, 61 daripadanya adalah kanak-kanak dan 36 adalah wanita serta lebih dari 1400 orang cedera dalam serangan tersebut. Ini telah mencetuskan kemarahan bagi umat islam.

Oleh itu, kami menyeru agar ramai pihak membuka mata dan cakna tentang isu semasa kini agar mereka lebih peka dan faham dengan situasi yang sedang dilalui saudara seislam kita disana.

Kami mensasarkan dana sebanyak RM300,000 akan disalurkan terus kepada Rakyat Palestin yang akan digunakan untuk kos perubatan, kemanusiaan, kecemasan dan keperluan mendesak yang lain.

Kami memberi jaminan sumbangan yang dikutip 100% akan disalur terus ke Palestin tanpa apa-apa cas perkhidmatan dan pihak kami juga akan menanggung segala kos transaksi (Payment Gateway) yang bakal terlibat.

Ayuh sama-sama kita bantu mereka dengan menghantar sumbangan dan menginfaqkan harta kita ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai tanda sokongan kita kepada mereka. Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita disana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Setiap wang ringgit yang telah di sumbangankan itu mungkin kecil pada kita, tetapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke Syurga In Sya Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud :

“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Semoga dengan bantuan anda dapat memberi sinar harapan buat saudara kita disana. Semoga setiap sen yang dikeluarkan untuk meringankan beban mereka, Allah Subhanahu Wa Ta'ala memudahkan urusan seharian anda semua. Aamiin.

Silakan klik pada pautan DONATE pada link di bawah : 

https://jomdonate.com/campaigns/190


Maklumat Perhubungan:

untuk sebarang pertanyaan sila hubungi nombor berikut: 011-16474788 (Whatsapp sahaja)

Email: myjomdonate@gmail.com


#StandForPalestine #SavePalestine #PrayForPalestine

#ShameOnIsr4hell #Isr4hellKoyak #FreePalestine 

#Isr4hellTerrorist #GazaUnderAttack #FreeAlAqsa


2 years ago
RM 30
Anonymous
2 years ago
RM 30
Anonymous
2 years ago
RM 120
Anonymous
2 years ago
RM 30
Anonymous
2 years ago
RM 10
Anonymous