Sukan ragbi merupakan satu permainan yang sangat sinonim
dengan Sekolah Kebangsaan La Salle, PJ dan sukan ini telah dipilih sebagai niche area dalam program pembangunan
sukan sekolah dan kesinambungannya diteruskan semasa mereka di sekolah menengah.
Atas tanggungjawab ini, Persatuan Kelab Ragbi Rimau sekolah yang terdiri daripada jurulatih serta guru penasihat, dengan sokongan penuh Guru Besar telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kejohanan ragbi jemputan ZAKARIA CUP 10s LA SALLE PJ (EDISI PERTAMA).
Dasar sukan negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi Sukan Prestasi Tinggi dan Sukan Untuk Semua dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang di usahakan oleh kerajaan terhadap seluruh rakyat. Ianya juga diharapkan dapat menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan prestasi pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di sekolah-sekolah.
10 Disember 2022 (Sabtu), bertempat di Padang Ragbi SMK La Salle, Petaling Jaya.
Bil
|
Item
|
Kuantiti
|
Harga seunit
|
Kos keseluruhan
|
1
|
Banner
Kejohanan
|
1
|
RM160
|
RM160
|
2
|
Bola
Ragbi Kejohanan
|
3 |
RM50
|
RM150
|
3
|
Piala
Pusingan
|
2
|
RM120
|
RM240
|
4
|
Medal
|
120
|
RM9
|
RM1080
|
5
|
Ambulans
|
1
|
RM550
|
RM550
|
6
|
Pengadil
|
4
|
RM80
|
RM320
|
|
|
JUMLAH
|
|
RM2500
|
Penutup:
Kelab
Ragbi Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya amat berharap permohonan ini
mendapat sokongan dan bantuan dana daripada semua pihak dalam menjayakan
kejohanan julung kalinya ini dan seterusnya dapat meransang bakat dan
potensi pelajar dan membina keyakinan diri dalam aktiviti yang dilakukan.