...

DANA SUMBANGAN PENDIDIKAN PELAJAR ASNAF MADRASAH TARBIYAH AL BANIN, KUDAT, SABAH

RM 10 of RM 7,700
17 Days
1+
Total Backers
RM 10
Total Collected
PERTUBUHAN SUKARELAWAN

Tujuan kempen pengumpulan dana ini dilakukan adalah untuk membantu kelangsungan pendidikan pelajar asnaf di Kudat, Sabah.

Penerima manfaat sumbangan dana ini adalah pelajar/guru/pengurusan di Madrasah Tarbiyah Al Banin yang terletak di Kampung Tamalang, Kudat, Sabah. Madrasah ini ditubuhkan pada tahun 2021. Nombor pendaftaran madrasah ini dengan Majlis Agama Islam Negeri Sabah ialah XZA 5002.

Madrasah ini terletak di kampung Tamalang, Kudat, Sabah. Mudir madrasah ini ialah Ustaz Norjali bin Madbaki. Purata umur pelajar ini adalah diantara 10-18 tahun. Pengambilan pelajar terhad kepada pelajar lelaki sahaja.

Diantara matapelajaran yang diajar di madrasah ini ialah Nahu Ajrumiyah, Sorof, Durusul Lughah, Matan Arbain, Tajwid Al-Quran (resam Usmani), Bahasa Jawi dan lain-lain. Yuran pembelajaran ialah RM100/bulan dan hanya 3 pelajar yang mampu bayar daripada 22 orang pelajar.

Buat masa ini para pelajar tinggal di pejabat madrasah kerana asrama yang ingin dibina kepada mereka masih dalam proses pengumpulan dana. Pelajar diberikan ruang memasak untuk mereka menyediakan sendiri makanan mereka. 
 

Kepada penderma yang memerlukan butiran penerima manfaat hendaklah menghubungi AJK Penyelaras menerusi talian WhatsApp ataupun email yang kami kongsikan di bawah. Ini kerana butiran penerima manfaat kami tidak dedahkannya kepada umum atas faktor privasi mereka.


KEPERLUAN:

Buat masa ini sebanyak RM92,400 setahun diperlukan untuk menampung keseluruhan keperluan mereka. Berikut dikongsikan senarai keperluan bulanan mereka:

1. Makan dan minum pelajar & petugas: RM5,200

2. Elaun guru RM500x3 orang: RM1,500

3. Elaun warden RM500x1 orang: RM500

4. Bil elektrik & air: RM300

5. Perubatan pelajar & petugas: RM200

JUMLAH KESELURUHAN: RM7,700/BULAN = RM92,400/TAHUN.


Pembayaran bulanan oleh MISI7 kepada penerima manfaat menerusi saluran berikut:

1. Makan dan minum pelajar & petugas: Pembayaran terus kepada pembekal.

2. Elaun guru: Pembayaran ke akaun madrasah.

3. Elaun warden: Pembayaran ke akaun madrasah.

4. Bil elektrik & air: Pembayaran ke akaun TNB & Air Sabah.

5. Perubatan pelajar & petugas: Pembayaran ke akaun madrasah.

In sha Allah kami akan menyalurkan dana dengan jumlah yang terkumpul pada setiap bulan.


4 months ago
RM 10
Anonymous