...

BANTU SEKOLAH AGAMA DI SABAH!

RM 72 of RM 10,000
Open Campaign
4+
Total Backers
RM 72
Total Collected
Yayasan Ikhlas
Kerana lokasi sekolah agama yang agak jauh dan hanya boleh memuatkan sejumlah pelajar sahaja, menyebabkan ramai anak-anak di sini tidak berpeluang belajar agama dengan baik. Bantu kami!


Mereka tidak minta untuk dilahirkan miskin. Bayangkan dah tahun 2023, terlalu ramai anak-anak Muslim di negara kita tiada kemudahan untuk belajar dan mendalami asas agama. Khususnya di Kampung Sangkabok, Kuala Penyu Sabah.


Anak-anak di sini masih tiada sekolah agama untuk mereka menuntut ilmu secara formal. Mereka terlepas pelbagai ilmu agama dan Al-Quran disebabkan tiada kemudahan asas seperti Sekolah Agama Rakyat. Bantu kami memberikan yang terbaik buat anak-anak asnaf di pedalaman ini demi masa depan mereka.



Alhamdulillah Yayasan Ikhlas berhasrat untuk membina sebuah Sekolah Agama Rakyat buat anak-anak asnaf di sini.  Bantu kami merealisasikan pembinaan sekolah agama rakyat buat anak-anak di sini. Pembangunan Sekolah Agama Rakyat seterusnya akan ditumpukan dengan pembinaan sekolah agama di Kampung Sangkabok yang terletak di daerah Kuala Penyu yang bakal memberi manfaat pendidikan kepada 4 buah kampung iaitu Kampung Jagus, Kampung Lambidan, Kampung Tanjung Aru, dan Kampung Sangkabok sendiri.



Ayuh kita semua bersama menyokong segala usaha agar anak-anak di sini tidak terpinggir dalam mempelajari ilmu agama. Insya-Allah, pahala yang berpanjangan pasti akan mengalir apabila kita berinfaq dengan apa yang kita beri dan ianya dimanfaatkan secara berterusan walaupun kita telah meninggal kelak. 



"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”

(HR Muslim 3084)


Yayasan Ikhlas adalah sebuah NGO kemanusiaan yang memberi bantuan tanpa mengenal agama dan bangsa. Bantu kami untuk bantu mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

2 months ago
RM 2
Anonymous
2 months ago
RM 50
User - Zainon Binti Mohamad
4 months ago
RM 10
Anonymous
4 months ago
RM 10
Anonymous